Wednesday, 27 March 2013 | 06:43 | 0 Comment

Assalamualaikum
. Sekarang ni , bateri laptop cepat sangat rosak . Kadang kita menyalahkan
laptop tak pun jenama laptop yang kononya 'cikai' . Walhal kita yang buat dia ,
jadi salah kita lah bateri jadi rosak macam tuh . Kadang jenama mahal pun cepat
je rosak baterinya . Tetap mahu salahkan jenama laptop ? Haha . Bateri laptop
bukannya murah senang - senang nak beli bukan ? Kalau nak murah , beli bateri
yang bukan original lah jawabnya .
Dan
fakta yang atyyn tahu is : jangka
hayat bateri laptop ialah 300 kali cas.
Kat sini
atyyn nak kongsikan sedikit tips-2 untuk menjaga bateri laptop dengan betul .
Antaranya .. (dah macam karangan pulak , haha)
1-
Perlahankan volume atau mute volume jika perlu .
2-
Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara
auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“ .
3-
Disable bluetooth jika tidak menggunakannya .
4-
Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang
banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM
berbanding MS Word.
5-
Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
6-
Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak
menggunakannya.
7-
Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak
menggunakan laptop buat seketika.
8- Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer
dapat berjalan dengan lancar.
9-
Jangan gunakan CD/DVD.
10-
Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan
sebagainya.
11-
Gunakan cooling pad.
12-
Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas
bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
13-
Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan
penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja.
14- Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan
power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power
supply.
15- Penting! Pastikan
notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus
menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika
dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak.
Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point.
Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup !
*p/s : Hahahaha . Memang atyyn takk ikut semua nie :P K menyesal . (baru nak menyesal) . So , atyyn harap korang dapat manfaatkan apa yang atyyn dah share nie . Komen lahh sikit . hihi . Byee ~






SuperGirl !
