Wednesday, 27 March 2013 | 06:39 | 0 Comment
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, hari ini ATYYN nak kupas sikit tentang
CINTA. ala...cinta sesama manusia ni...ada yang tengah bercinta? kalau yang
tengah putus cinta tu, sabar yee..dugaan dalam kehidupan, ada yang gembira ada
yang berduka...Dah tengokkan tajuk diatas, tertumpu kepada MODAL CINTA,
maksudnya apa? maksudnya dalam dunia ini tidak ada yang percuma. Melafazkan
cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur, tetapi untuk membinanya perlu
lebih dari itu. Walaupun ia dikatakan cinta sejati dan cinta sehidup semati seseorang
itu tetap perlukan modal. Jom kita tengok apa modal cinta...layannnn........

1. Bil telefon
Setiap pasangan harus
berhubung antara satu sama lain. Untuk itu telefon atau telefon bimbit amat
diperlukan. Jika sebelumnya bil kita setakat dua tiga puluh ringgit, tetapi
bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda. Mungkin kita boleh berjimat
dengan mengunakan surat tetapi nampak kunolah pulakkan?
2. Kos makan minum
Jika dulu kita makan
sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang. Maknanya badget
bertambahlahkan? haha...nak jimat??? Boleh...kita bayar asing-asing setiap kali
makan bersama atau bawa bekal dari rumah setiap kali pergi
dating....ahaksssss....
3. Masa
Kalau dulu kita mungkin
banyak masa terluang, boleh lepak sorang-sorang, boleh keluar dengan
kawan-kawan, tetapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak. Yang
lelaki nak temankan si dia pergi shoping, tengok wayang, jalan-jalan dan
sebagainyalah. Memang memenatkan. Kalau tak ikut nanti merajuk pulak (
dituju buat wanita hihi )
4. Tambang
Bagi yang tak ada transpot
sendiri, terpaksalah naik bas ke, teksi ke, komuter, LRT atau apa-apa
sajalah ( janji tak jalan kaki...panas tu ) pasti akan bertambah.
Bagi yang ada transpot sendiri pastinya duit minyak melambung naik ( minyakkan
mahal sekarang hihi ). Maklumlah susah nak tolak permintaan si dia untuk kesana
kemari. ( khas untuk lelaki ni )
5. Pakaian
Kita terpaksa keluarkan lebih
belanja untuk beli pakaian baru. Si dia tentu tidak suka kalau kita pakai
selekeh atau ala kadar saja. ( biasanya orang perempuanlah..jangan marah
akak pun perempuan tahu, secara totallah ok ).Tambah pening bila si dia mahu
kita berpakaian mengikut citarasanya. ( kalau kearah kebaikan tak apalah
) Tambah-tambah memeningkan apabila si dia meminta kita belikan untuknya
pula. ( kalau lelaki tak apalah beli untuk aweksss....ahaks )
6. Hadiah
Setiap kali hari jadi si dia
dan hari ulangtahun percintaan kita berdua sudah pastinya terpaksa sediakan
hadiah untuknya. ( kat ibu bapa belum tentu beli kan? ) Kalau mahu
beli hadiah yang murah-murah takut si dia akan kecewa, tapi kalau nak bagi
hadiah mahal rasa macam tak mampu pulak, lepastu kena celebrite pulak, makan
kat tempat istimewa, memang kena keluarkan belanja yang banyakkkkk....kan kan
kan.....
Ok itu sajalah. Macam mana? betul tak? Dalam bercinta ni tak
salah kalau kita melabur sedikit demi kebahagiaan, tapi jangan
keterlaluan...Apa-apa pun u alls fikirlah sendiri ye, lakukan mengikut
kemampuan kita. Yang penting jangan hanyut dalam arus cinta, takut kita yang
kecewa...
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :)






SuperGirl !
