Pernahkan
anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang
lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang
suka menangis...
Seorang
perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai
anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia
menangis di hadapan anda,
Apabila dia
menangis kerana anda,
Pandanglah
matanya,
Bolehkan
anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah
anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah
dia menangis,
Dihadapan
anda,
Hanya
kerana anda?
Dia
menangis bukan kerana dia lemah,
Dia
menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia
menangis,
Kerana dia
tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan
yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Guys,
Cuba ambil
masa untuk berfikir,
Jika si dia
menangis hanya kerana anda,
Mungkin
sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana
hanya anda tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana
suatu hari nanti,
Ianya
mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau
terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Guys, kalau
seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis
keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia
dengan anda sehingga akhir hayat anda.
Guys, kalau
seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi
dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Guys,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi
anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan
membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk
berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah
untuk membuang parut dalam jiwanya...